Alohai. Selamat datang ke blog saya yang tidak seberapa ini. Perkenalkan diri dulu *kofkof*
Saya Artgeex (nama sebenar akan diberitahu kelak) dan saya merupakan seorang pereka grafik/laman web. Hobi saya yang paling paling paling utama ialah membaca. Dan sebab kerana itulah saya mahukan sebuah Ipad untuk menampung akan keinginan membuak-buak saya untuk membaca tersebut.
Bahan bacaan saya, lebih berkisar tentang perbandingan agama dan juga fiksyen. Tapi kalau nak ikutkan, semua benda pun saya baca kihkih
Pastinya saudara dan saudari tertanya-tanya, apa kena mengena Ipad dan membaca. Marilah kita mengakui realiti hidup. Buku di pasaran sangat-sangat MAHAL! Satu buku (yang berkualiti) boleh mencecah sekurang-kurangnya RM70. Tak caya, tengok kat MPH, Kinokuniya mahupun Popular.
Jadi biasanya, saya selalu menghabiskan masa membaca di hadapan komputer. Ya, saya tau. Pasti ada yang berkata "Dah tu, ko nak Ipad buat apa lagi? Baca je la kat komputer tu"
Saudara dan saudari (ecewah cam berceramah pulak). Saya seorang pekerja. Masa saya juga turut banyak dihabiskan di KTM dan LRT. Korang tau je la KTM, kadang-kadang delay sampai sejam. Jadi, dari membuang masa, alangkah eloknya dan bestnya kalau saya dapat menggunakan masa tersebut dengan membaca. Tapi, takkan saya nak angkut komputer saya tu kehulu kehilir? Nanti kang, dari menunggu di KTM, last-last saya menunggu di Tanjung Rambutan. Tak ke haru?
Sekiranya saya memenangi Ipad ini, dah tentulah saya boleh membaca apa2 artikel yang berfaedah melalui Ipad. Ya, ipad ada application iBooks yang membolehkan penggunanya membaca samada dalam bentuk .epub mahupun pdf. Skrin yang sama saiz dengan buku memberi keselesaan kepada pengguna yang gile membaca macam saya ni. Saya boleh baca Wiki, baca suratkhabar. Main Angrybird? Bagi saya itu keseronokan sementara. Kalau membaca, boleh kongsi ilmu dengan kawan-kawan, boleh kongsi ilmu dengan pembaca MySuperKids. Pahala dapat, ilmu makin bertambah. Tak gitu?
Apa lagi kelebihan iPad, selain dari boleh mengakses Internet, berFacebook/berTwitter dan sebagainya? Ada banyak. Tapi saya bagi satu je, yang menarik hati saya.
Bagi yang bercita-cita hendak menjadi komposer, separuh atau sepenuh masa, iPad menyediakan pelbagai applikasi menggubah lagu. Pernah dengan kumpulan Gorillaz yang popular dengan lagu Clint Eastwood? Tak pernah? Tak apa, tapi lihat link ini, bagaimana kumpulan ini menghasilkan album mereka hanya dengan menggunakan Ipad. Hebat bukan? Ya, memang hebat!
Ya, insyaAllah, jika saya memenangi Ipad ini, selain dari boleh membaca dan berkongsi ilmu kemudiannya, saya juga NAK SANGAT-SANGAT melaksanakan impian saya untuk menggubah lagu sendiri. Kat komputer memang ada buat, guna FruityLoops. Tapi kalau ada iPad, inspirasi boleh dapat di mana-mana. Jadi kalau idea datang, terus boleh buat dekat Ipad. Tak payah tunggu balik rumah. Amacam, best tak? ^_^
Baiklah, itulah saja nukilan saya setakat ini.
“Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack”
It's where my demons hide
5 years ago